Monday, June 29, 2009

proton persona yang canggih

Pengumuman itu umpama antiklimaks kerana penggabungan kelihatan sudah terlalu hampir menjadi realiti. Sumber memberitahu, pengurusan Proton berjaya meyakinkan kerajaan pada saat akhir bahawa penggabungan itu tidak memenuhi aspirasi negara kerana ia tidak sepatutnya menguntungkan sebelah pihak manakala pihak satu lagi diperlekehkan dan perlu ditelanjangi seperti 'pelacur'.

Justeru, dalam pengumuman pembatalan rancangan penggabungan, Khazanah Nasional Bhd yang menguasai 43 peratus kepentingan menjelaskan penggabungan tidak lagi perlu kerana keadaan di Proton bertambah baik dan pihak pengurusan perlu dibenar meneruskan rancangan pemulihan.

Sejajar dengan peningkatan jualan yang ditunjukkan Proton, (terutama model Persona yang mencatat tempahan hampir 24,000 unit hingga kini selepas dilancarkan pada pertengahan Ogos), kerajaan berpendapat tiada keperluan lagi untuk mencari rakan kongsi bagi memperteguhkan syarikat pengeluar kereta nasional pertama itu.

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger